1. Apakah syarat akademik untuk memohon Skim Biasiswa Yayasan TH?

Syarat akademik untuk memohon Skim Biasiswa Yayasan TH adalah mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 7A (A+, A, A-) ke

atas dan mendapat sekurang kurangnya gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris(lisan dan penulisan).

 

2. Siapakah yang layak untuk memohon biasiswa Yayasan TH?

Skim Biasiswa Yayasan TH  terbuka kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang juga pendeposit Tabung Haji.

 

3. Adakah pelajar lepasan Pra-Universiti layak untuk memohon biasiswa ini?

Tidak. Biasiswa ini hanya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sahaja buat masa ini. Tetapi, InsyaAllah tawaran biasiswa untuk lepasan Pra-Univeristi akan dibuka pada masa akan datang.

 

4. Apakah bidang pengajian yang dianjurkan?

Bidang pengajian yang dianjurkan adalah seperti berikut:

  • Sains/Kejuruteraan
    • Teknologi Maklumat, Sains Fizik, Sains, Teknologi Makanan, Arkitek dan semua bidang kejuruteraan.
  • Perniagaan
    • Perbankan, Kewangan Korporat, Perakaunan, Pelaburan, Aktuari, Hospitaliti, Pemasaran, Ekonomi dan Pengurusan Harta.
  • Umum
    • Semua bidang dalam Pengajian Islam, Komunikasi, Psikologi, Perladangan, Sumber Manusia, Undang-undang.
  • Profesional
    • Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Certified Public Accountants (CPA), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA).

 

5. Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon Skim Biasiswa Yayasan TH ?

Kriteria pemilihan calon adalah seperti berikut:

  • Merupakan pendeposit TH;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan;
  • Tinggal di kawasan luar Bandar;
  • Berumur tidak lebih dari sembilan belas (19) tahun semasa membuat permohonan dan pada tahun menerima tawaran;
  • Mendapat tawaran daripada kolej matrikulasi atau Pra Universiti atau mana-mana Institusi Pengjian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Berstatus bujang;
  • Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Panel Doktor yang dilantik oleh Yayasan TH ;
  • Tidak mempunyai rekod jenayah;
  • Aktif dalam ko-kurikulum dan berketerampilan sebagai pemimpin serta mempunyai komunikasi interpersonal yang baik.

 

6. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi memohon Skim Biasiswa Yayasan TH ?

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi memohon Skim Biasiswa Yayasan TH adalah seperti berikut:

i. Salinan surat beranak yang disahkan.

ii. Salinan kad pengenalan pemohon dan bapa/ibu/penjaga yang disahkan.

iii. Penyata gaji/slip/pencen terbaru ibu/bapa/penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

iv. Salinan sijil SPM/akademik yang disahkan.

v. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum yang disahkan.

vi. Salinan sijil tamat sekolah yang disahkan.

vii. Salinan buku simpanan TH  yang disahkan.

 

7. Adakah Yayasan TH menyediakan pinjaman pendidikan? 

Tidak, Yayasan TH  tidak menyediakan pinjaman pendidikan. Hanya biasiswa pendidikan pada mereka yang berkelayakan.

 

8. Bilakah tarikh tutup permohonan Skim Biasiswa Yayasan TH?

Tarikh tutup permohonan Skim Biasiswa Yayasan TH adalah pada 20 April 2018.

 

9. Berapa lamakan tempoh untuk mendapatkan maklum balas permohonan Skim Biasiswa Yayasan TH?

Tempoh maklum balas adalah selama (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan, pemohon dianggap tidak terpilih.

 

10. Siapakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Kumpulan A?

Berikut adalah senarai Pegawai Kumpulan A:

(i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

(Gred 41/Gred 3/Kumpulan A ke atas)

(a) Semua pegawai kerajaan Gred 41/Gred 3/Kumpulan A ke atas di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Negeri/Pejabat Daerah.

(ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

(a) Pensyarah di IPTA/Politeknik

(b) Pegawai Pendidikan Negeri/Daerah

(c) Pengetua/Penolong Kanan Pengetua di Sekolah Menengah Kerajaan sahaja.

(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN/KESIHATAN

(a) Semua doktor yang bertugas di hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja.

(iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

(a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan kerajaan. (Contoh: Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah)

(b) Semua Peguambela dan Peguamcara

(c) Semua Pesuruhjaya Sumpah

(d) Jaksa Pendamai

(v) PEGAWAI BERUNIFORM

(a) Tentera(Kapten dan ke atas)

(b) Polis(Penolong Penguasa dan ke atas/Nombor Kad Pengenalan bermula dengan huruf G)

(c) Pegawai Penjara(Penguasa Penjara dan ke atas)

(d) Bomba(Penguasa Bomba ke atas)

(e) Jabatan Perhutanan(Pemeliharaan Hutan Gred 1/Pegawai Hidupan Liar)

(f) Jabatan Laut(Jurutera Laut dan ke atas)

(g) Kastam(Penguasa Kastam dan ke atas)

(vi) LAIN-LAIN:

(a) Wakil Rakyat/Senator

(b) Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

(c) SABAH DAN SARAWAK- Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah

(d) Pengurus FELDA/Pengerusi JKKR(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan)


Saya telah membaca, memahami segala terma dan syarat yang dinyatakan. Saya juga mengakui bahawasanya saya layak dipertimbangkan untuk Skim Biasiswa Yayasan TH.

Daftar